Merdeka. Merdekakah Kita?

Apa itu merdeka? Apa pengertiannya?
Merdekah kita?
Adakah tarikh laungan merdeka itu sekadar nombor?
Sekadar tarikh untuk diingati, dihafal dan diberi cuti?
Sejauh mana patriotisma kita pada erti nilai kemerdekaan?
Huh, banyaknya soalan...
Jika ditanya aku,
Merdeka hanya sekadar pada negara tapi bukan jiwa. Jiwa yang rosak makin bertambah, tak kira tua atau muda. Jiwa yang rosak makin bertambah tanpa diskriminasi keturunan baik dari golongan kambing hitam mahupun alim ulama. Rogol? Bunuh? Culik? Paedophile? Rasuah?
Jiwa rosak kerana aqidah tidak dijaga
walaupun lapangnya ilmu ditimba di dada
walaupun diri hidup kaya-raya
Jika hitam jiwanya, rosaklah segala.
Jika hitam jiwanya, rosaklah bangsa
Jika hitam jiwanya, merdeka itu tiada makna
"Walaupun musnah harta dan benda, harga diri janganlah jatuh"
"Kemerdekaan suatu negara dapat dijamin teguh berdiri apabila berpangkal pada kemerdekaan jiwa."
- Hamka
Jika ditanya aku,
Merdeka hanya sekadar pada negara tapi bukan pada kebebasan. Terlalu terikat dengan kehidupan dunia dan hidup megah. Hutang? Taraf hidup tinggi? Duit? Nafsu kehendak melebihi dari keperluan. Padah jika nafsu tersebut di luar kawalan. Bebaskah dengan hidup sebegitu? Hidup yang tangan dan pinggang diikat dengan tali arus keduniaan?
Kebebasan rosak kerana kehendak yang menjadi ikutan
walaupun sedar akan tanggungan dan keupayaan
walaupun diri hidup dalam kesusahan
"Jangan bersikap melebihi daripada ukuran diri, baik waktu duduk dalam satu majlis atau dalam cara berpakaian, cara berkenderaan, cara makan dan minum, cara berumah tiang dan berbujang pelayan, hendaklah tubuh sepanjang berbayang-bayang; yakni bersikap sederhana" - Hamka
Jika ditanya aku apa itu merdeka...
Aku sendiri belum tentu mampu jawab soalan itu
Tak pasti sama ada yang tersurat atau tersirat yang kamu mahu
Jiwa ku mungkin tidak sama dengan kamu
Jadi jawapan ku belum tentu dapat puaskan hati kamu.
Wahai anak muda
Duduk sekejap
Fikir sejenak
Merdekakah kita?
-afams chan
Comments
Post a Comment