Khas buat sahabat
Ini adalah kisah benar yang tidak akan ditambah perisa agar sedap dan best untuk dibaca.
Ini adalah sekadar luahan seorang insan yang tiba-tiba rindukan seorang sahabat.
WARNING!
Entry kali ini akan menjadi entry yang terpanjang yang pernah saya post. Semua isinya hanya luahan perasaan dan emosi. Jika berasa jengkel dan muak, saya mohon supaya anda bersabar dan hentikan pembacaan anda. Anda tak perlu lagi teruskan membaca jika anda tidak suka isipati entry ini. Sebarang keputusan anda saya hormati kerana itu adalah hak anda.
Tahun 1996.
Bermulanya satu persahabatan di sebuah sekolah berasrama penuh di utara Semenanjung Malaysia. Bermulanya kehidupan sebagai seorang budak yang glamer dengan gelaran afams di sekolah dengan seorang sahabat yang bernama Suhieda.
Bermulanya satu persahabatan di sebuah sekolah berasrama penuh di utara Semenanjung Malaysia. Bermulanya kehidupan sebagai seorang budak yang glamer dengan gelaran afams di sekolah dengan seorang sahabat yang bernama Suhieda.
Kita satu kelas. Kita kelas 1 Merah. Seingat aku kita satu kelas sekali dengan Na'im, Iza, Syima, Zahrah, Hafizah. Boys pula ada Pak Bulat, Fairuz, Mamak, Rokan, Mat dan ermm..siapa lagi ye? Maafkan aku kerana tidak berapa ingat siapa lagi rakan sekelas kita. Kita baru form 1. Baru pertama kali menjalani hidup untuk berdikari. Kita hanya dikelilingi oleh kawan-kawan dan abang kakak senior. Kita hanya budak hingusan yang baru nak belajar hidup berdikari.
Sebenarnya, tak berapa banyak untuk diingat waktu tu. Mungkin sebab waktu tu kita baru form 1. Kita gerun dengan kegarangan dan ketegasan kakak-kakak senior yang juga merangkap batch kakak angkat kita. Paling tak lupa Kak Ijan. Dia merupakan kakak paling digeruni oleh junior. Boleh dikatakan hampir semua budak-budak dari form 1 sampai ke form 4 gerun dengan Kak Ijan. Dia juga merupakan KP (Ketua pelajar - pengawas) yang akan berada di kelas kita setiap kali prep petang untuk 'jaga' kelas kita. Tapi aku tak pasti sama ada ketakutan kau tu lebih kurang sama dengan ketakutan aku pada Kak Ijan sebab kau nampak sungguh cool waktu tu. Nampak rileks je.
Dan di situlah bermulanya kita mengenal hatibudi sesama kita. Kau bagitau birthday kau jatuh bulan Julai. Akupun bulan Julai. Kau excited bila tau birthday aku jatuh 17hb Julai. Sebabnya tarikh birthday aku sama dengan birthday mak kau. Dan birthday kau pun cuma beza seminggu je. Dan dari situlah kau tak pernah lupa birthday aku. Dan disebabkan itulah akupun tak lupa birthday kau. Kau merupakan orang yang tak pernah miss untuk wish birthday kat aku jadi pastinya aku tak akan lupa birthday kau. Aku takkan lupa 10hb Julai setiap tahun. Setiap kali birthday aku tiba, mesti aku ingat kau. Dan percaya tak yang aku akan menangis bila tiba birthday aku kerana somehow, aku pasti teringat kat kau. Kini tiada lagi wish birthday dari kau. Aku menangis bila tiba birthday kau dan aku menangis bila tiba birthdayku sebab teringatkan kau.
Masa form 1 aku stay dorm di tingkat atas sekali. Dorm bersebelahan dengan musalla yang cuma dipisahkan oleh bilik stor yang kecil. Kau pula di dorm form 4 di paras satu bersama dengan Cikpah dan Mailal. Dan jika aku pergi ke dorm kau untuk cari kau, aku mesti sebut nama penuh kau. Siap binti sekali kan? Pasti kau ingat. Dan pasti kawan-kawan yang satu dorm dengan kau ingat. Aku rasa seperti dah jadi trademark untuk aku panggil macam tu setiap kali ke dorm kau. Tok! Tok! (ketuk pintu dorm). "Assalamualaikum, boleh saya berjumpa dengan Suhieda Sukiman?"
Bila kita form 2.
Kita telah dirombak ke dorm yang lain. Hendak selaras katanya. Semua budak form 2 di tingkat atas. Aku di dorm C33a dan kau di dorm C33b. Kita jiran sebelah menyebelah. Bukan sahaja dorm dirombak, kelas kita dan kelas Putih turut dirombak. Aku tak pasti kenapa hanya dua kelas ini sahaja yang dirombak. Adakah kerana kedua-dua kelas ini mengambil mata pelajaran Bahasa Arab? Wallahualam. Aku tak pasti bab itu.
Kita dipindahkan ke kelas Putih. Maka kita sekelas dengan Aini, Hanan, Ninot, Suraya, Rosnalini, Cikpah, Na'im dan Mailal. Aku rasa masa ni kau dan Nurul Na'im dah jadi kawan rapat. You guys have been a good and the best friend since.
Dan masih ingat gelaran 6 jahanam? Aku tak pasti bagaimana kita boleh dapat gelaran itu. Gedikkah kita waktu tu? Dan di tingkatan dua inilah bermulanya zaman kita nak berjinak dalam menjadi seorang rules breaker. Tiada motif sebenarnya. Sekadar suka-suki. Kita pun masih dianggap budak-budak lagi waktu tu.Walaupun budak-budak, kau merupakan salah seorang budak junior yang femes. Femes kerana sifat kau yang bersahaja dan cool. Femes kerana kau merupakan budak yang cun dan ramai jejaka terpikat dengan senyuman kau yang killer dan mata redup kau tu. Ingat tak cikgu Noordin selalu buat lawak pasal mata redup kau tu? Katanya macam kening gajah dalam Sesame Street tu. Bagi aku mata redup kau tu la yang buat jejaka-jejaka kat sekolah terpikat dengan kau. Dan walaupun kau femes, kau tetap jadi diri kau yang aku kenal. Kerana sifat kau itulah yang membuat kau seorang budak yang cool.
Ingat tak waktu gerhana bulan masa kita form 2? Waktu tu matrikulasi USM masih lagi di sekolah kita. Aku teringat betapa taksubnya kita termasuk Hanan, Mailal dan tak ingat siapa lagi bersama dengan kita. Kita semua buka buku teks dan buku rujukan Sains. Aku masih ingat lagi ada subjek berkaitan dengan bulan (atau angkasa) dalam silibus tingkatan 3. Dan ada juga senior yang buat preparation dalam experimentasi mengenai gerhana bulan. Pendek kata, malam tu lain sikit dengan malam yang lain. Elok kita semua tengah berbincang, tiba-tiba ada akak matriks jerit dari bawah, minta kita tolong tutup semua lampu koridor asrama. Dan kemudiannya dia ajak kita join kakak-kakak matriks yang berkelah di compound untuk menunggu detik gerhana bulan. Ingat tak? Katanya akan lagi jelas keadaan langit bila lampu koridor ditutup. Kita pun dengan penuh rasa excited terus tolong tutup semua lampu koridor dan join sekali dengan akak-akan matriks tu. Subhanallah, memang betul kata kakak matriks tu. Warna langit cantik sangat. Terserlah bintang-bintang di langit. Masa lampu koridor pasang, memang tak nampak langsung bintang.
Dan kakak-kakak matriks tu tak jemu berkongsi ilmu perihal tentang gerhana bulan dengan kita. Kita taksub mendengar. Excited pun ada. Dan kita sama-sama merasai kejadian gerhana bulan. Langit biru menjadi gelap. Masa kejadian gerhana bulan waktu tu, seluruh tempat gelap. Gelap gelita. Tak nampak apa-apa. Hanya kedengaran laungan anjing-anjing berdekatan yang menyalak tak ubah serupa dengan serigala. Bulu roma meremang. Kita semua senyap tak bercakap apa-apa. Satu pengalaman yang baru untuk aku waktu tu. Dan bila keadaan kembali asal, akak-akak matriks kembali sambung berkongsi ilmu dengan kita. Agak lama kita lepak dengan kakak-kakak matriks tu sampai budak-budak lain dah bangun untuk ke masjid bagi program qiamullail. Di kala yang lain sedang menuju ke masjid, kita semua menuju ke dorm masing-masing untuk zzzzz...Hahahah.
Kita satu kelas sehingga tingkatan 3. Masa form 3, nama kelas putih telah bertukar menjadi kelas Intelek. Semua nama kelas ditukar waktu tu. Fikrah, Sarjana, Bestari, Jauhari, Cendekia...
Bila masuk form 4 pula kita dah masuk ke kelas yang berbeza dek aliran mata pelajaran yang diambil. Aku di bidang Teknologi Kejuruteraan dan Lukisan Kejuruteraan manakala kau pula di bidang Biologi.
Kau perasan tak?
Semakin kita melangkah ke arah menjadi senior, semakin rajin kita menjadi rules breaker. Kita pun seolah-olah dah ada clan kita sendiri. Kita ada Along, Jem, Aini, Hanan dan Na'im (cuma Na'im tidak terlibat dengan aktiviti 'jenayah' kita). Jenayah la sangat kan? Hahah. Ponteng kelas? Ponteng perhimpunan? Ponteng games? Naik games awal? Tengok tv pada waktu yang dilarang? Sneak out?
Oh kita rajin sneak out.
Tambah-tambah bila dah naik form 4 dan dah dilabel sebagai senior. Sikit-sikit sneak out. Sikit-sikit fly. Kebanyakan alasan sebab nak tengok wayang. Selamba balik ke asrama lewat. Kadang-kadang terlalu lewat sampai dorm-mate kau telefon parents kau sbb takut kau balik rumah. Kita tahu kawan-kawan kita marah dengan perangai kita ni. Siap buat perjumpaan, bagi nasihat yang kadang kata-katanya kias dan kasar, jelingan dan cemuhan dek perangai tak tentu hala kita ni. Aku faham kenapa mereka buat macam tu. Mereka risau dengan perangai kita yang mungkin terlalu nakal waktu tu. Mereka risau akan keselematan kita. Mereka sayang kita kerana kita juga sahabat mereka. Siapa lagi mak bapak kita waktu tu melainkan mereka? Kawan-kawan tolong jaga kawan-kawan, lumrah budak-budak sekolah yang duduk asrama. Dan aku rasa paling tertekan pastinya Na'im sebab dia pun waktu tu dah jadi KP. Pasti ramai juga yang cucuk dia untuk suruh nasihatkan kau.
Teringat standard ayat Along, "Na'im, hang ni baik sangat" dan Na'im cuma balas dengan hanya senyuman. Dalam hatinya hanya dia dan Tuhan saja tau. Anehnya, walaupun keadaan waktu tu kau dan Na'im berbeza, korang masih tetap kawan rapat. Masih lagi best friend. Yup, you guys indeed are truly goodfriends. Korang kenal hati budi masing-masing tanpa hirau apa orang lain nak kata.
Teringat standard ayat Along, "Na'im, hang ni baik sangat" dan Na'im cuma balas dengan hanya senyuman. Dalam hatinya hanya dia dan Tuhan saja tau. Anehnya, walaupun keadaan waktu tu kau dan Na'im berbeza, korang masih tetap kawan rapat. Masih lagi best friend. Yup, you guys indeed are truly goodfriends. Korang kenal hati budi masing-masing tanpa hirau apa orang lain nak kata.
Sebut pasal ponteng perhimpunan...
Port kelas aku (4 Fikrah) selalu jadi port untuk kita dan pelajar lain sebagai port untuk tanak turun perhimpunan. Sama ada malas atau waktu tu dah terlambat ke sekolah. Kenapa la tiap-tiap hari ada perhimpunan? Aku pun tak pasti dan tak ingat apa pengisian dalam perhimpunan harian tu. Ke sebab kita selalu ponteng? Tu pun tak ingat. Yang aku ingat port kelas aku merupakan kelas strategik untuk ponteng. Strategik sehingga akhirnya kita kantoi juga. Kantoi dengan Cikgu Mohd Noor Yusof yang cukup dikenali sebagai seorang cikgu yang bengis. Time tu belum lagi kenal cikgu Mohd Noor. Yang kita tau dia garang. Cenghe orang utara cakap. Punya la marah bila dia nampak kita di dalam kelas. Dijerkahnya kita dan tolak kita suruh keluar dari kelas. Lagi memalukan bila dia suruh kita dan kawan kita yang turut ponteng beridiri di depan perhimpunan dan waktu tu perhimpunan masih lagi berjalan. Malunya! Malu kerana pastinya kesemua cikgu sedang memandang kita. Malu kerana semua pelajar sedang memandang kita. Dan aku ingat lagi masa kita diarahkan untuk masuk dan join barisan kawan-kawan kita yang sedang berhimpun, kedengaran beberapa suara arahan KP untuk para juniors:
"Semua tengok depan! Semua tengok depan! Tengok depan semua!!" Ya. Suara kawan-kawan KP kita. Suara mereka melarang para juniors untuk pandang kita bila kita lalu di hadapan mereka. Suara kawan-kawan KP kita agar kita tidak bertambah malu bila berjalan di hadapan juniors-juniors kita. See? Aku pasti mereka (kawan-kawan KP kita) sebenarnya tengah marah pada kita tapi atas nama persahabatan itulah mereka hendak jaga kita dan nama kita.
Dan ingatkah kita sewaktu kita semua berkumpul di musalla? Kelakar. Kita boleh tolong Aini dan Hanan dalam membuat karangan surat sebab kenapa sneak out (tak ingat kes apa dan macam mana kantoi). Ingat tak? Semua orang bagi idea untuk isi karangan tu. Naik bas lah, singgah solatlah, pergi hospitallah. Lawak. Eh tunggu kejap. Ke sebab kantoi masuk sekolah lewat malam? Sebab rasanya tujuan kena buat karangan tu sebab kena bagitau apa yang dibuatnya sepanjang hari yang diorg sneak out dan kantoi tu. Insiden paling tak boleh blah. Kelakar dan kau turut buat kelakar dengan memberi idea yang kelakar. Tulisnya tak la panjang sangat. Ketawa berdekah-dekah yang lama.
Rupanya...
Waktu tu jatuh pada hari lahir aku. Kau orang pertama wish aku dan mohon maaf sebab celebrate birthday dalam keadaan macam ni. Bila teringat kisah tu sekarang, aku rasa waktu tu adalah waktu birthday yang paling special untuk aku. Sampai sekarang aku boleh ingat. Dan waktu tu jugalah kawan-kawan dorm aku nak buat prank dengan nak letak ubat gigi dekat selipar. Tapi disebabkan aku tak balik-balik dorm lagi (sebab tengah dok tolong kawan-kawan pasal karangan tu) dan sampai ke sudah tak balik-balik juga, akhirnya prank tersebut terpaksa cancel. Ye la, macam mana nak letak ubat gigi sedangkan selipar aku tu aku tengah pakai. Maafkan aku wahai kawan-kawan sedorm ku. Aku tahu kamu semua sayangkan aku dan aku sayangkan kamu juga.
Dan ingat tak yang kita selalu lepak dan melilau di tengah malam di asrama? Mujur kita ada kawan yang pandai bab padlock. Ada saja cara nak unlock the padlock tu. Tukarlah padlock beberapa kali pastinya kawan kita seorang ni mampu untuk meng-unlock the padlock. Dan di kala ramai budak-budak yang dah tido dan dibuai mimpi, kita merayau-rayau di perkarangan asrama. Saja lepak-lepak. Tak boleh blah bila kita sering gi kawasan dewan makan yang mana macik dewan makan kadang-kadang lupa nak simpan buah. Selamba kita ambil buah yang ada masa tu lalu lepak di buaian kat perkarangan asrama. Sambil makan, sambil sembang-sembang. Macam-macam topiklah sehingga tak sedar yang kadang-kadang kita lepak sampai 3 4 pagi.
Dan yang paling terkesan bagi kita dan kawan-kawan kita yang lain adalah hari di mana kau diberi 'cuti' selama seminggu. Hahaha. Cuti. Gara-gara tolong belikan sekotak rokok untuk kawan ketika dalam perjalan balik ke sekolah setelah pulang dari bermain boling dibawah jagaan Cikgu Anis. Tanpa diduga Cikgu Anis dah bercekak pinggang menunggu kita semua di pintu utama sekolah. Bengis mukanya. Faham kerana pastinya kemarahan dibiarkan terpendam lama sementara menunggu ketibaan kita. Dan elok kita sampai, disuruhnya kita semua tunjuk beg masing-masing padanya. Maka kantoilah sekotak rokok dalam beg kau. Aku boleh rasa betapa frustnya cikgu ketika itu. Aku syak dia perasan masa kita di kedai. Dan aku ingat lagi lepas beg kita diselongkar, disuruh kita balik ke asrama terus dan melarang kita menoleh belakang. Yang tinggal waktu tu dia bersama pelajar lelaki yang lain. Aku tau. Mereka dipaksa strip untuk memastikan tiada benda larang/haram dibawa masuk ke sekolah. Masa itu jugalah mereka didenda berlari pusing padang dengan hanya berspender. Time tu aku dah cuak sebab pastinya kau akan dipanggil atas nama etika disiplin.
Aku tidak pasti sama ada kawan-kawan yang lain tahu akan kes ini. Ya, kawan-kawan rapat kita tau. Aku ingat di saat aku, Along dan Na'im teman kau untuk ke bilik Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Waktu tu Cikgu Sabirin (Pak Ben) merupakan cikgu PKHEM. Setibanya di pintu bilik Pak Ben, hanya kau sahaja yang masuk. Kami kena tunggu di luar. Dari luar dapat ku dengar jeritan jerkah yang gerun oleh PakBen. Dengar bunyi rotan tapi kau kata kau tidak dirotan. Hanya gimik untuk takutkan kau dengan merotan meja. Tapi bagi kami yang berada di luar dan tak nampak apa yang terjadi di dalam sudah pastinya kecut perut bila dengar bunyi rotan dilibas. Rasa diri terpukul kerana waktu tu aku tak mampu nak buat apa-apa untuk tolong kau. Rasanya Along menangis waktu tu. Aku tak berapa ingat sangat. Rasa geram sebab kami ada bersama tapi kau seorang sahaja yang kena. Rasa tidak adil dan tak berguna kerana tidak dapat nak tolong kawan.
Maka dengan sebab itulah kau diberi 'cuti' selama seminggu. Aku tak pasti dorm-mates kau yang lain tahu sebab kau 'cuti' seminggu. Mungkin mereka tahu dan pura-pura tidak tahu dan tidak terlintas untuk bertanya malah nak menghembar hemburkan isu ini demi menjaga hati kau dan hati kami yang lain.
Dan sebenarnya, dalam semua benda yang kita buat, kau sebenarnya seorang yang baik. Lumrah budak nakal yang baru nak membesar dan baru nak jadi remaja. Kau mempunyai hati yang ikhlas, baik dan berjiwa gila-gila dan karakter kau inilah yang menyenangkan hati kami semua. Dan kita masih lagi berhubung setelah tamat persekolahan. Walaupun tak seakrab dek masing-masing menuju haluan masa depan masing-masing, kita tetap keep in touch.
Kali terakhir aku jumpa kau masa kau di KL. Kau tetap cool seperti yang aku kenal dulu. Kau tak pernah berubah. Dengan melihat cara kau melayan karenah anak kau Athirah, kau sememangnya seorang ibu yang penyayang. Sebak aku mengenang kau dan anak kau. Bila aku tengok wajah anak kau sekarang, air mataku mengalir secara tak sengaja. Seolah-olah aku melihat diri kau bila terpandang wajah Athirah. Wajahnya saling tak tumpah seperti kau. Aku yakin Athirah memiliki sifat yang sama seperti kau dan pastinya Athirah akan membesar dan menjadi seorang yang independent dan cerdik seperti kau.
Sekali lagi air mataku mengalir. Adalah elok ku akhiri di sini. Sedih. Aku mengaku yang aku masih lagi sedih diatas pemergian kau. Aku redha sebab setiap apa yang terjadi itu telah ditentukan Allah. Kun fayakun. Semua itu demi kebaikan kita. Allah sayangkan kau dan oleh itu dia menjemput kau terlebih dahulu. Aku terima seadanya.
Aku doakan semoga rohmu tenang di sana. Tidakku berhenti untuk mengutuskan Ummul-kitab buat mu. Moga Allah mengampunkan dosa kau dan menempatkan kau bersama golongan orang-orang yang beriman.
Rindu?
Ya. Jujur aku mengaku yang aku rindu kau. Setiap kali tibanya hari lahir kau, aku pasti teringat akan kau. Aku sebak. Aku menangis dan aku rindu kau. Dan aku menangis lagi bila entry ini ditulis. Mustahil untuk ku lupa sebab setiap kali tibanya birthday kau dan birthday aku, aku pasti teringatkan kau.
I wish I still keep our school magazine Puncak. Ada satu cerita yang ditulis oleh Aning pasal dorm korang. Dan kau adalah watak utama.
Dan entry ini khas buatmu wahai sahabatku Suhieda Sukiman.
I miss you Sue.


Comments
Post a Comment