My Dear Georgetown

Pandangan Georgetown yang antara nampak dan tidak nampak




Selama ini aku dijamu
keindahan di siang hari
dijaja untuk tatapan mata yang memandang
dengan pelbagai warna dan ragam yang datang
lalu dihidang secangkir budaya dan adat resam
perisanya hanyalah manis dan indah belaka

Rupanya
apa yang dijamu itu
hanyalah hiasan luaran di waktu siang
kerana bila malam datang
pahit dan pekat
kelam dan hitam

Mereka yang dihina keluar
Mereka yang dipandang serong terbang
dan ada yang tidur tanpa hirau orang yang pandang

Lapar dahaga minta diisi
Sumber rezeki perlu diisi
Jiwa kosong tiada terdetik untuk diisi

Siapalah mereka di mata kita
Siapalah kita di mata mereka
tak perlu kita cari salah siapa
kerana sememangnya di akhir nanti
kita dan mereka hanya sama sahaja sebenarnya

-afams
setelah pulang dari Operasi Umar Al-Khattab, Pertubuhan Masyarakat Madani Malaysia (MIM Bersaudara)




Comments

Popular Posts